Sudah 9 hari bercuti. Akhirnya kembali semula ke sekolah. Nampaknya kenalah berjalan kaki selama 3 jam lagi. Seronok hari bersekolah nie sebab tak perlu tunggu menghitung hari. Loceng yang hitungkan untuk kita. Untung ada budak tahun 6 yang bunyikan loceng. Setiap jumaat bolehlah berjalan lagi untuk balik ke Kuching. Nampaknya terpaksalah lagi menanggung risiko untuk ke Semban. Manakan tidak semakin hari, bukit di Bengoh yang tak jauh dengan empangan tu semakin dekat dengan kepala. Lupa nak ambik gambar hari tu. Kalau nak tahu risiko kawasan tu, pergilah sendiri.
Gaji lom masok lagi nie (3 BULAN BELUM DIBAYAR GAJI). Rasanya dalam minggu nie jugak masuk (kata kerani PPD) ngan aku hari tu. Tunggakan elaun pedalaman dibayar kemudian, bermakna dalam bulan 5 nie kembali kayalah aku.
Dah 3 bulan mengajar apa yang aku dapat ialah kepayahan mengajar di pedalaman, tetapi senang mengajar budak-budak nie, tak bengkeng sangat. Mereka nie menurut je. Kebanyakan anak petani cita-citapun basic je. Belum ada lagi yang aku dengar nak jadi angkasawan, cuma seorang hari tu udak kelas aku nak jadi pilot. Oklah tue.
Ada jugak yang nak jadi pemburu katanya ikut ayah senang nak cari makanan. Fikirku eloklah tu dari menghabiskan beras. He hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment