Walaupun sudah mengajar secara sepenuh masa dan mendapat tauliah perguruan, tetapi ada satu lagi tapak perguruan yang harus kita fahami iaitu majlis penganugerahan Diploma Perguruan. Walaupun tidak menghadirinya, apabila seseorang itu dapat sahaja diplomanya maka beliau sudah menjadi seorang guru dalam konteks tradisi ilmu. Penganugerahan Diploma, Ijazah, mahupun sijil merupakan satu tradisi yang sudah lama diamalkan bahkan menjadi satu honor kepada para penerima sebagai lambang keilmuan yang harus dijunjung tinggi. WALAU BAGAIMANAPUN, TRADISI INI MESTILAH SELARI DENGAN KEUPAYAAN DAN MATLAMAT KITA MENYEMPURNAKAN TABLIGH KITA KEPADA MANUSIA. SUPAYA ILMU ITU DAPAT DIKEMBANGKAN SEHINGGA BILA-BILA.
Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Sarawak membabitkan 2 Insititut Perguruan, iaitu IPRAJANG DAN IPTAR akan diadakan pada hari Khamis 7 Mei 2009 bertempat di Dewan Suarah Sibu, Jalan Suarah.
Maka bermulalah satu lagi tradisi keilmuan dan sejarah bagi yang menghadirinya, setelah sekian lama bergelar graduan.......
0 comments:
Post a Comment