Aku dan Baitulmal

Monday, June 01, 2009 / Posted by Samsol /


LAGU TEMA - KE ARAH MEMARTABATKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK
Lirik : Abg Mohd. Shibli Abg Mohd Nailliie
Lagu : Mohd Nawawi Bin Datuk Haji Fauzi

Memartabatkan Baitulmal

Baitulmal namamu dikenal
Sebagai sebuah rumah harta
Masalah kebajikan dirimu dikenal
Bagi tujuan tuntutan agama

Zaman kegemilanganmu sudah berlalu
Peranan pentingmu semakin sayu
Adakah amil turut membisu
Membiarkan kewujudanmu terus layu

Chorus:
Baitulmal! Baitulmal! Baitulmal!
Umat Islam memerlukanmu
Baitulmal! Baitulmal! Baitulmal!
Umat Islam Menyanjungimu

(alunan muzik.......)

Umat bertanya untuk penjelasan
Kerana hendak mendapat bantuan
Sampai bila kita boleh bertahan
Selagi pendidikan zakat masih diabaikan

Selamat berjuang kerana Allah
Untuk memartabatkan Baitulmal
Jangan menyerah sebelum kalah
Agar kefarduan zakat diamalkan

Chorus:
Baitulmal! Baitulmal! Baitulmal!
Umat Islam memerlukanmu
Baitulmal! Baitulmal! Baitulmal!
Umat Islam Menyanjungimu

Aku masih ingat lagi aku keputusan wang untuk meneruskan semester terakhir aku di UIAM. Aku memohon kepada banyak sumber (nasib baik bukan Ah Long) Sehinggalah aku nekad untuk memohon pertolongan daripada Yang Berhormat di kawasan aku, selama tiga bulan aku membuat keputusan nekad ini akhirnya pada bulan Mei 2006 aku diutuskan dengan sekeping surat bersampul Kerajaan Negeri Sarawak, seolah-olah baru mendapat kerja sebagai SAO pulak dah. Aku membaca surat yang diserahkan itu ayat demi ayat dan surat ini memberi kesan yang positif terhadap aku dan pandangan aku terhadap YB aku ialah beliaulah YB yang terbaik setakat ini yang aku jumpai. (mungkin juga telahan aku salah kerana surat itu betul-betul dalam minggu pilihanraya negeri. Ha ha ha ha

Aku diberitahu kes aku telah dipanjangkan ke Baitulmal Sarawak dengan sokongan YB. Aku berasa sangat sukacita ketika itu, lalu menelefon pihak baitulmal di Kuching untuk pengesahan. Malang sekali kerana menurut mereka aku belum lagi memohon hatta sebarang bantuan pun dengan mereka, dan menyebabkan hati aku begitu sakit. 

Di UIA aku menyara kehidupan dengan bekerja Part-time dengan pensyarah aku. Selama setahun aku tidak balik menjenguk kampung halaman kerana kesuntukan wang, alhamdulillah selama setahun itu jugalah aku tidak pernah meminjam walau satu senpun dengan rakan-rakan di UIA mahupun di KL. 

Seterusnya aku diberitahu bahawa sokongan politik tidak memberi makna kepada permohonan aku di Baitulmal kerana ayah aku sendiri gagal untuk menunjukkan bukti persaraan beliau. Aku memohon setiap hari dan malam bermula seminggu selepas pilihanraya negeri diadakan, aku mula mengisi borang permohonan secara PJJ di mana segala dokumen dihantar melalui pos berdaftar ke Kuching, tugas mengisi borang  ialah terletak di bahu ayahku sendiri. 

Proses menghantar permohonan bermula pada bulan 6, pihak Baitulmal meminta ayah aku dropkan permohonan aku di kaunter hadapan, sekali lagi aku musykil, pihak Baitulmal seolah endah tidak endah kepada permohonan itu. Semester 1 hanya tinggal seminggu aku semakin takut kerana hutang perlu dijelaskan, nasib baiklah hutang asrama sudah dijelaskan kalau tidak bagaimanakah aku nak tido. Squatting? Bukan dasar aku bina setinggan. 

Hari demi hari berlalu sehingga bulan 7, ayah aku mulai syak Baitulmal tidak menjalankan amanah dengan membiarkan borang aku mereput di bahagian simpanan fail. Aku hampir putus asa ketika itu, tetapi sama sekali tidak menjejaskan pembelajaran aku. Cuma apa yang amat dikesalkan ialah ayah aku dianggap sebagai masyarakat kelas menengah yang kurang standardnya daripada pegawai-pegawai berbaju korporat di Baitulmal. 

Ayah aku terpaksa meminta penjelasan Baitulmal kerana sudah hampir sebulan aku dalam semester akhir. Dan genap 2 bulan permohonan, tetapi masih lagi pada peringkat pending. kerisauan mula memuncak apabila mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Islam mengenai agihan zakat dan sedekah sudah dimaklumkan pada awal Ogos. Aku menjadi khuatir adakah tidak ada pada bahagian aku?

Sekali lagi aku terpaksa menelefon ke rumah meminta ayah, bertanya pihak Baitulmal. Dalam minggu itu jugalah aku mendapat dua surat penolakan daripada YPEIM dan SPA negeri untuk menghulurkan bantuan. Aku berasa dunia ini hendak kiamat. 

Ayah aku bertanya dalam keadaan bengang, kerana ini kali ketiga beliau mengadakan perjumpaan dengan wakil Baitulmal, tetapi buat kali yang terkahir inilah Baitulmal meluluskan permohonan aku dengan sokongan yang aku perolehi daripada pihak Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Jumlah yang aku dapat akhirnya alhamdulillah selepas dipotong yuran semester akhir cukup-cukup untuk bekalan balik raya (penghujung semester)

Aku menayakan satu persoalan kepada Baitulmal Sarawak, adakah ini dikatakan ingin membantu asnaf. Susah sangatkah mengklasifikasikan aku sebagai Fi Sabilillah. Berapa banyakkah dokumen bukti yang ingin aku poskan kepada TBS untuk membuktikan bahawa aku mahasiswa UIA, sehinggakan ingin berjumpa dengan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar pun aku segan. 

Pihak Baitulmal harus peka dengan keadaan yang memerlukan, saya hampir hilang kepercayaan kepada pengurusan BAITULMAL Sarawak yang telah menjadikan para asnaf yang layak sebagai bola sepak.

Itu cerita 3 tahun dahulu dan sekarang aku adalah aku dan masih percayakan kepada birokrasi...... tetapi biarlah inklusif dan bukan ekslusif


 ****************************************************************************


0 comments:

Post a Comment