Aku Pulang dan Balik

Saturday, June 20, 2009 / Posted by Samsol /

Hari ini hari hari Ahad 21 Jun 2009, bersamaan dengan 28 Jamadil Akhirah 1430 Hijrah. Aku akan balik semula merentas hutan dan denai serta bukit yang curam setinggi 400 meter. Balik semula ke Kampung Rejoi ke sekolah tempat aku mengajar SK SEMBAN Padawan.

Pada hari ini sudah entah ke berapa kali aku naik ke sekolah. Mungkin dah 18 minggu. Walaupun penat, jika dilepaskan penat itu di atas ranjang biar sahaja esok akan membangunkanku.

Esok 22 Jun 2009, aku diarahkan untuk berkhidmat di luar stesyen sejauh 200 batu dari Kuching. Arahan ini aku dapat sewaktu cuti yang lepas. Aku sekali lagi diminta turun pada hari esok dengan membawa dua orang murid aku dari tahun lima.

Pada hari lusa iaitu 23 Jun aku akan membawa mereka ke Sri Aman di mana berlangsungnya Perkhemahan Kepimpinan Pengawas Sekolah Berasrama Peringkat Negeri Sarawak. Aku bukan sahaja menjadi pengiring sekolah aku tetapi sebagai pengiring SK Kambug dan juga SK Bengoh. Serta membawa imej murid sekolah di bahagian Kuching. Woow besar tanggungjawab aku itu.

Inilah kali ke-3 aku diserahkan amanah yang begitu berat ini. Yang pertama sekali ialah Pembelian buku Pusat Sumber Sekolah pada April yang lepas, manakala pada Mei sebelum cuti hari itu aku diarahkan untuk ke taklimat Ujian Lisan Berasaskan Sekolah, manakala sekarang aku diamanahkan untuk membawa pula dua orang murid untuk satu aktiviti yang dihadiri lebih 120 orang peserta dari seluruh negeri Sarawak.

Hal ini kembali mengingatkan aku kepada Nadwah Kepimpinan Pelajar Peringkat Negeri Sarawak di Kuching pada 9 tahun yang lepas sewaktu aku berada di tingkatan enam rendah. Di kala pada hari terakhirnya aku dinobatkan sebagai Peserta Kursus Terbaik. InsyaAllah jika tiada aral aku akan mengulangi kejayaan dengan membawa Kuching dan para anak didikku sebagai peserta terbaik dan pasukan terbaik agar tiada tanggapan sekolah pedalaman tidak melahirkan murid yang cerdas dan cergas mental dan fizikalnya.

0 comments:

Post a Comment