Catatan Malas

Wednesday, June 03, 2009 / Posted by Samsol /

Kenapa orang sentiasa menghukum sedangkan kita selaku Muslim diperintahkan untuk bersangka baik. Hari ini fitnah semakin menjadi-jadi dengan Umat Islam seringkali bertelingkah sesama sendiri bagi menegakkan fikrah masing-masing. Ada yang mengaku sabagai Ahlul Sunnah dan ada juga yang mengaku lebih alim lagi atau dalam ilmunya berkaitan agama. 

Di Malaysia tidak ketinggalan apabila berlakunya pertembungan di antara mereka yang pro tajdid dan juga mereka yang melabelkan diri mereka sebagai ahlul sunnah. Setahu aku yang cetek ilmu ini golongan  Ahlu Sunnah ini hanya wujud selepas 300 kewafatan Rasulullah. 
Merekac yang wujud dalam ruang lingkup Nubuwwah sehingga zaman tabie wa tabieen digelar sebagai salafu solleh. 
Di Malaysia terdapatnya sekelompok Muslim yang mengaku Ahlu Sunnah tetapi menggadaikan keIslaman mereka dengan perkara bidaah, sedangkan perkara ini jelas batil di dalam syarie. Pengamalan bidaah di dalam komuniti Islam di Malaysia bukan sahaja menjejaskan sosial dan akhlak malah boleh menjerumuskan masyarakat ke arah kesesatan. 
Contoh mudah bidaah ialah menziarahi kuburan orang-orang soleh yang dipercayai keramat dan memohon kepada mereka. Adakah waras bagi kita meminta bantuan kepada orang yang telah meninggal dunia sedangkan kita tahu mereka tidak memberi manfaat atau sebarang mudaratpun kepada kita. 
Aku masih ingat lagi ketika aku masih berkerja kuli dahulu seorang ustaz menjadi pelanggan aku untuk membeli buku. Beliau terbaca sebuah fatwa yang dikemukakan oleh Allamah Allahyarham Datuk Mufti Haji Abdul Kadir Hassan berkenaan dengan hukum memohon sesuatu di kuburan para wali. Aku menentang keras perkara sedemikian walaupun  kepada Rasulullah sendiri kerana perkara ini mafhum tidak memberi sebarang manfaat. http://tauhidku.wordpress.com/2007/12/06/hukum-tawassul/


Glosari
Bertawassul - memohon sesuatu kepada seseorang (yang hidup / mati) yang dijadikan pengantara  agar dikabulkan oleh Allah SWT
 

0 comments:

Post a Comment