Ahhhh cuti sekolah dah nak habis. Tinggal sehari lagi untuk aku menghabiskan sisa cuti aku yang berbaki. Maklumlah cuti sekolah ni ramai yang nak bersanding. (sekarang ni fesyen orang muda nikah berbulan-bulan, bersanding kemudian) Baguslah tu kalau tak bersanding pun tak apa boleh jimat kos. Buat resepsi sahajalah lepas nikah, buat makan-makan tanpa ada puluhan baju nak difesyenkan semasa bersanding.
Member aku semasa di UIA dulu pun ada hantar kad jemputan mintak aku datang, terima kasih kerana sudi menghantar kad jemputan tu, tapi apakan daya dah ada sepupu lain yang kawen pada hari yang sama. Tak kisah kalau dua kali flight yang penting kawan tu kena jaga hati.
Satu lagi esok hari dapat ke tidak aku nak pergi. Kawam sama UIA jugak tapi nie special sangat sebab dari tingkatan satu sampai tingkatan enam rendah aku satu sekolah dengan dia. Lebih-lebih dia ni tino. Ahaha aku dulupun ada jugak nak tackle dia tapi sebenarnya susah aku nak bagitau aku nie jenis jual saham harga juta-juta. Ahaaaaaa.
Terima kasihlah Shida atas SMS yang kau bagi semalam. Nape lah hantar SMS walhal kau tu anak pemangku Residen Kuching. Takpelah macam urgent je.
IsnyaALLAH kalau aku sanggup nak lambatkan time balik aku esok aku jumpa kau ye. Selamat Pengantin BARU Shida dan Ajis Leman. Moga panjang umur murah rezeki dan berkatlah rezeki kau Shida sop sop sop sop.
Tak silap aku minggu lepas ada jugek kawan sama sekolah aku yang kawen, namanya Mohd Faris nape pulak dia tak jemput aku?Itupun aku dapat SMS dari kawan lain yang tanya aku nak majlis dia atau tidak? Musykil tapi tak kisahlah Faris tu tak rapat sangat ngan aku. Aku cuba untuk pergi ke mana-mana sahaja function tapi maklumlah orang sibuk susah sangat nak dapat ruang masa.
InsyaAllah aku balik ke sekolah semula esok. Jadi buat seminggu nie takdalah posting terbaru dari aku. Adios
0 comments:
Post a Comment