Kenapa dan Mengapa?./......................................

Saturday, July 11, 2009 / Posted by Samsol /

Sukar untuk menyatakan di sini realiti yang harus diterima. Saya mengajar di sekolah kurang murid, pendek kata kemudahan terhad. Guru berikhtiar ke arah menyediakan kemudahan yang kondusif, tetapi oleh kerana setiap kos diambil kira maka kami berpendapat sekolah ini haruslah hanya dimajukan keperluan yang mustahak sahaja.

Guru bahasa Inggeris sekolah kami ialah DG 41. Bersemangat dan mempunyai wawasan. Walaupun bukan dari suku kaum yang sama (berbangsa Iban) dengan murid sekolah,(Majoriti Bidayuh) beliau tidak mudah mengalah dengan situasi bebal di sekolah. Beliau sentiasa tersenyum walaupun senyumnya ada duka yang tersimpan.

Masalah sekarang ialah inisiatif yang ditunjukkan oleh murid amat negatif. Tiada daya lagi usaha kami untuk membaiki bahasa Inggeris anak-anak apatah lagi penguasaan berfikir mereka di dalam bahasa Melayu amat kurang. Saya sering bertanya mana perginya peranan ibu bapa mereka. Anak-anak mereka sangat dimanjakan sehingga jika kami memarahi mereka esok harinya akan ada panggilan atau sms yang menikam kalbu kami sebagai guru.

Murid tiada motivasi. Di rumah mereka bercakap bahasa Melayu dengan loghat masing-masing, dan ada yang berjaku', dan berkelakar . Mereka sibuk dengan aktiviti petang mereka. Meninggalakan buku dan kurang minat membaca.

PPSMI bukan pemangsa. Pemangsanya ialah guru dan murid itu sendiri. Guru yang tidak tabligh, tidak amanah, tidak boleh dipercayai dan tidak membenarkan apa yang mereka sampai. Guru itulah pemangsa. Mereka mendapat imbuhan mengajar PPSMI, menjalani Buddy Support System, tetapi tiada di dalam diri mereka keinginan untuk mencurahkan ilmu dengan adil. Anak-anak mereka sendiripun mereka hantar ke pusat tuisyen. Adilkah mereka?

Ibu bapa di rumah tersalah mendidik anak. Mereka di pedalaman kurang peka dengan keperluan dalaman anak-anak mereka.
Mereka mahu anak mereka menjadi petani seperti mereka supaya nanti ada nasi untuk dimakan. Mereka hanya mahukan anak mereka kenal A B C 123. Tapi kami sebagai guru mahukan lebih dari itu. Begitu juga dengan si ayah yang menjadi guru. Tiada perubahan melainkan perubahan itu digalas oleh usaha kami.

Anak-anak pedalaman bukanlah mangsa PPSMI. Bagi saya mereka kurang usaha ke arah itu. Saya sering tertanya mana perginya guru berintigriti yang sepatutnya tampil membantu bukannya membantut. Peruntukan kewangan disalurkan secara adil. Mereka memohon LPO untuk pencapaian sekolah mereka. Tetapi apa yang dikesalkan perlaksanaan tidak menjadi apa. Kesannya juga pincang.

0 comments:

Post a Comment