Kenapa bubur pedas? Tahukah anda sepanjang bulan Ramadan jika di Semenanjung bubur lambuk menjadi hidangan wajib ketika berbuka. Tetapi di Sarawak khususnya di bahagian-bahagian selatan negeri ini menyediakan bubur pedas satu masakan tradisi masyarakatnya untuk dijadikan hidangan ketika berbuka puasa.
Sejarah Bubur Pedas
Bubur pedas amas sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Sarawak dan juga di Kalimantan Barat Indonesia. Jika bubur lambuk terkenal di Semenanjung Malaysia bubur pedas amat terkenal di Sarawak. Tetapi tahukah kita semua bubur pedas hanya boleh didapati di bahagian-bahagian Selatan negeri Sarawak dan tidak terdapat di bahagian tengah dan juga utara Sarawak.
Jika kita menjelajahi Sibu misalnya kurang kita temui atau mungkin tidak ada yang menjual mahupun membuatnya. Begitu juga di Miri dan juga Limbang. Jika adapun resipi ini mungkin telah dipelajari daripada masyarakat Melayu di Sri Aman, Kuching ataupun di Samarahan.
Bubur pedas yang asli hanya boleh ditemui di bahagian pertama, kedua dan kesembilan kerana hhubungkait kekeluargaan mereka dengan masyarakat Sambas di Indonesia. Jika masih pembaca yang tidak tahu rempah bubur pedas ia merupakan rempah ratus yang diperbuat daripada pelabgai jenis rempah ratus, kerisik kelapa dan beras. Kemudian diuli bersama dan jadilah rempahnya.
Cara membuat bubur pedas yang sedap ialah bergantung kepada banyaknya rempah yang digunakan jika sebungkus bersamaan dengan 500 ml santan kelapa dan 3l air dan rasailah kelazatannya. Tidak lupa juga yang paling spesial kulit lembu yang telah dikeringkan dan direndam jelas kelazatannya. Rebung muda dan juga sayur ulam seperti pucuk singkel, daun kunyit, pucuk ubi menambahkan keasliannya. Jika sekarang sayur-sayuran campur dan sayur-sayuran kering menjadi pilihan untuk membuatnya.
Di Kuching untuk mendapatkan rempah kering bubur pedas amat mudah dijual di sekitar kedai kuih-muih tradisi Melayu dan juga di Pasar Satok.
Labels:
bubur lambuk
0 comments:
Post a Comment