Setahun di SK Semban

Saturday, January 09, 2010 / Posted by Samsol / comments (0)

Setiap bulan dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Seribu sebulan.

Labels: ,

Cuti Bulan Ini

Saturday, December 05, 2009 / Posted by Samsol / comments (1)

Lamanya tidak update blog nie rasa-rasanya lebih sebulan. Maklumlah demam Facebook melanda, maka capaian ke blog pun kuranglah. Lebih-lebih lagi sekarang nie waktu cuti sekolah. Tak pernah nak duduk diam, bersengkang mata menghabiskan buku bacaan yang melambak di atas meja.


Cuti bulan nie ingatkan nak dapatkan ketenangan berkelah ngan family di pantai peranginan. Tapi apakan daya kenduri kawin banyak sangat. Dan program persatuan yang satu nie kena ikut best dengar cerita. Yang tak bestnyer bila ada satu majlis kawen pangkat anak-anak saudara nie clash antara satu dengan yang lain. Sorang nikah kat Saratok dan sorang lagi nikah kat Kuching. Jadi untuk mengelakkan "perpecahan" keluarga kami terpaksa membahagikan keluarga kami kepada dua puak iaitu Mak dan Bapak insyaAllah akan ke Saratok manakala kami adik beradik akan ke Batu Kawa. Manakan tidak kedua-duanya cucu Pak Cik dan Makcik tercinta.

Cuti bulan nie jugak ada tiga reunion nak diikut. Satu ex-Pee Jay , keduanya ex-KPLI 2008 IPRajang dan yang terkahirnya ex-Lower 6 and Upper 6D 2001 St Joe. Kenyanglah makan. Tapi yang sik bestnyer bayar sendiri. Bilalah nak dapat sponsor.

Event yang lain ialah pelancaran PERKASA Cawangan Sarawak. Yang dah lama aku diamkan diri dari terjebak. Kat Kelab Golf Sarawak. Manakan aku tak diamkan diri, aku ada sentimen dengan Setiausaha Penaja Kebangsaannya dahulu maklumlah fikrah politik berbeza. Dia nie radikal, biasalah budak-budak ada saja yang senior-senior mereka buat, mereka buat main-main jer. Nak naik pangkat cepat buat Parti baru mintak restu politik dari PM Tun Dollah dapatlah conquer U buat 2 penggal .

Cuti nie jugak aku kena buat report PBSM, rasanya dah siap dah tunggu nak hantar lagik. Tapi aku ada rahsia nak bagitau, budak-budak aku main hide and seek kad keahlian PBSM mereka dah hilang. Siyan tol aku. Aku yang hilangkan sebenarnya. Takpalah.... kan.

Ada lagi, kajian tindakan aku nak buat sekali. Biasanya nie kerja peribadi nak dimasukkan dalam rujukan peribadi tak de kaitan pun dengan Pentadbiran. Cuma koleksi reflesi bagi mengurangkan stress tahun baharu. Masakan tidak, kalau refleksi tak buat nanti kita buat silap yang sama je.

Tahun depan aku nak target satu je pasal budak-budak aku iaitu nak hilangkan buta huruf si budak Danny John nie. Dahlah cikgu Agong takda. Ada jugak yang boleh tengok-tengokkan dia. Aku tak tau la tahun depan aku nak collaborate ngan siapa. Cikgu Limon? ummmph mungkin Cikgu Genso. Tahun depan jugak aku nak buat penanda aras sama ada Kokurikulum aku menjadi ke tidak. Tidaklah orang kata makan gaji buta.

Hujung tahun nie kesiyan betul ngan aku. Ada ka patut dalam sibuk-sibuk orang nak cuti aku pulak jatuh kat tebing curam. Dua kali lagi tu. Dahlah kaki seminggu hari tu takleh nak jalan, diusung oleh orang kampung lagi tu. Tapi itu semua takdir dan kudrat Allah. Tak ada kuasa aku nak kecoh. Ada hikmah di sebaliknyer.

Tak taula kenapa sampai sekarang aku tak tau lagi jadual waktu aku. Ngajar tahun apa. At least bolehlah aku buat preparation nak siapkan nota rujukan guru. Tak lah tension, sangat nak berkareh kata orang Sarawak.

Esok dah genap 15 hari cuti. Apa impaknya kepada aku? Buat aku tersenyum.


Labels: , ,

Pasukan SK Semban di Karnival ASAT 2009 Daerah Padawan

Wednesday, October 14, 2009 / Posted by Samsol / comments (0)

Sedikit tentang KARNIVAL ASAT 2009 dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Padawan berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober 2009. Disertai oleh sekolah-sekolah rendah berasrama harian sekitar Padawan A dan B.


SK Semban menghantar 13 orang peserta 10 darinya daripada pasukan bola sepak , 2 pidato dan seorang nyanyian solo. Aku diberikan tanggungjawab untuk menjadi pengiring kepada peserta- peserta pidato dan nyanyian solo

Kejohanan ini menyaksikan pasukan kami memang bersemangat besar untuk menang. Tetapi apakan daya akibat terlalu kesuntukan masa dan latihan hanya pada peringkat awal sahaja.

Keputusannya ialah pasukan bola sepak sekolah hanya mampu mendapat tempat ke-4 manakala pidato dan nyanyian tidak mendapat sebarang hadiah.

Walau bagaimanapun sebagai seorang guru novice seperti saya, pengalaman amat penting. Dan saya berazam untuk menjadikan pengalaman tersebut sebagai batu loncatan kepada saya agar berusaha dari awal untuk memberi latuhan kepada murid saya kelak.

Labels:

Karnival ASAT

Tuesday, October 13, 2009 / Posted by Samsol / comments (0)

Pejabat Pelajaran Daerah Padawan sekali lagi menganjurkan Sukan ASAT iaitu Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat Daerah Padawan. Sukan ini dianjurkan secara berpusat di SK Telaga Air. Karnival ini secara rasminya berlangsung pada Isnin lepas dan akan melabuhkan tirainya pada hari ini 14 Oktober 2009.

Pasukan aku menghantar 13 orang wakil iaitu yang melibatkan acara sukan bola sepak, nyanyian solo dan dan pidato.
Karnival yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan seluruh sekolah berasrama (SK) harian di daerah Padawan mengambil bahagian. Di antara sekolah-sekolah tersebut ialah
SK St Bernard, Sadir
SK Kambug,
SK Semban,
SK Bengoh,
SK Pesag Begu,
SK Pangkalan Empat, dan
SK Telaga Air.

Pada malam tadi telah diketahui beberapa keputusan di antara pertandingan yang dipertandingkan iaitu catur, pidato dan nyanyian solo. Sekolah aku yang menghantar 2 orang wakil untuk pidato dan nyanyian solo kalah untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Moralnya: Jangan bertanding untuk menang tetapi bertandinglah untuk mencari pengalaman.

Labels: ,

Hamba Ini

Friday, October 09, 2009 / Posted by Samsol / comments (0)

Kertas Kerja disampaikan oleh Sdr Abg Shibli Pengurus Besar Baitulmal
Pehin Sri Taib sedang menyampaikan ucaptama

Seminar Wakaf yang kedua kalinya ini dirasmikan oleh Pehin Seri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sepanjang seminar berlangsung dari pagi sampai ke petang tadi para peserta diberi input yang amat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun kadangkala dari segi perundangan terdapat banyak penambah baikkan yang patut dilaksanakan lebih-lebih lagi dari segi bidang kuasa Majlis Islam Sarawak, Baitulmal, Land and Survey serta beberapa undang-undang lain yang bertindan tindih.

Memandangkan ini adalah blog peribadi dan pembicaraannya beruang lingkup peribadi, intelektual nya hanya akan dibincangkan di dalam www.fikrahbicara.blogspot.com dan di dalam blog ini, pembicaraan lebih fokus kepada perkembangan wakaf di Sarawak sebagai satu sumber kemajuan Ummat Islam selaras dengan misi negeri mewujudkan khaira Ummah serta kepentingannya dalam dunia pendidikan di Sarawak.

Hamba terlibat dengan penyelidikan wakaf di Sarawak dan juga di semenanjung Malaysia sekitar tahun 2005. Sebetulnya ialah the joyful moment bagi hamba. Ketika itu hamba bekerja sambil study sebagai RA kepada dua orang proffesor sejarah dan gajinya juga lumayan. Mereka ialah Rajaswary Brown dari Hull Royal Hollaway, University of London dan juga Dr Abdul Rahman Tang dari UIAM.

Ketika itu Hadramis Conference in SEA berlangsung, konsep wakaf tunai established di Selangor, Johor dan Terengganu. Wakaf seperti satu yang rebranded oleh persekitaran yang subur dengan isu-isu muamalat.

Jika dahulu kita mengenali wakaf dengan tanah kubur dan masjid, tetapi konsepnya melampaui daripada kemaslahatan tersebut dan melangkaui ke institusi pendidikan, sektor pertanian, malah jika kita sedar KFC Holding merupakan aset wakaf paling bernilai di Malaysia melalui amanah wakaf korporat Kulim Holding dan Johor Corporation.

Magnum opus kami ketika itu buku seorang Yahudi bernama Moshi Elga bertajuk Philantropy Management in the Muslim World. Gazzete, surat wakaf, Dokumen pejabat Kolonial, dan juga masuk ke Arkib Negara. Malangya seperti yang hamba tahu daripada sumber-sumber JAWI dan JAISelangor, pewakaf yakni mauqif semasa mewakafkan tanah atau harta mereka kurang memberi perhatian kepada penyediaan sighah iaitu dokumen hitam putih dan saksi. Wakaf mereka hanya disaksikan oleh ketua kampung dan juga orang-orang surau yang matinya nanti tidak merekodkan percakapan mereka, kononnya Allah sahaja mengetahui niat mereka itu. Kesannya wujudlah masalah perebutan tanah generasi sesudah mereka yang akhirnya memutuskan akau nakhirat orang-orang tua mereka.

Yahudi merupakan masyarakat pewakaf yang paling ramai di dunia. Boleh dikatakan yayasan-yayasan kebajikan di serata dunia milik Yahudi. Sebut sahaja Bill Gates dan Rockefeller anda pasti tahu siapa mereka.

Hamba amat meminati Wakaf dari tahun hamba menjadi RA sehinggalah sekarang dan akan berterusan sehinggalah hamba layak digelar seorang Doktor Persuratan. Jika ditanya apakah thesis hamba ketika M.A nanti jawapannya tentu sahaja tentang wakaf.






Labels:

Update blog Dah Start

Friday, October 09, 2009 / Posted by Samsol / comments (0)

Alhamdulillah hari ini selepas masuknya waktu Maghrib sudah 21 hari Ramadan 1430 Hijrah melabuhkan tirainya. Dan sudah hampir 20 hari pula aku tidak "menaik harikan" (update) blog aku ini.


Kekangan kerja sebenarnya menjadi penghalang untuk update. Dan juga kedatangan tetamu di hari raya (sepanjang hari 1-7) membuatkan aku sibuk melayan mereka sehinggakan tiada masa untuk menyentuh komputer terlalu lama.

Pada hari ke-8 pula aku terus balik ke sekolah( sehingga hari ini school net belum lagi dibaikpulih setelah rosak hampir setahun) dan tiadanya kesempatan untuk info terkini di dunia siber.

Pada minggu hadapan aku mengambil CRK untuk temuduga SPP dan juga on duty dalam ASAT. Jadi ada jugaklah masa untuk update blog dan juga FB aku.

Jadi diharapkan dengan entry terbaru dapatlah aku berkongsi cerita sepanjang seminggu "on call" itu dan juga peristiwa yang berlaku semalam, esok dan hari ini.

Labels: , ,

Sami Yusuf - Asma Allah lyrics

Tuesday, September 22, 2009 / Posted by Samsol / comments (0)