Hamba Ini

Friday, October 09, 2009 / Posted by Samsol /

Kertas Kerja disampaikan oleh Sdr Abg Shibli Pengurus Besar Baitulmal
Pehin Sri Taib sedang menyampaikan ucaptama

Seminar Wakaf yang kedua kalinya ini dirasmikan oleh Pehin Seri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sepanjang seminar berlangsung dari pagi sampai ke petang tadi para peserta diberi input yang amat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun kadangkala dari segi perundangan terdapat banyak penambah baikkan yang patut dilaksanakan lebih-lebih lagi dari segi bidang kuasa Majlis Islam Sarawak, Baitulmal, Land and Survey serta beberapa undang-undang lain yang bertindan tindih.

Memandangkan ini adalah blog peribadi dan pembicaraannya beruang lingkup peribadi, intelektual nya hanya akan dibincangkan di dalam www.fikrahbicara.blogspot.com dan di dalam blog ini, pembicaraan lebih fokus kepada perkembangan wakaf di Sarawak sebagai satu sumber kemajuan Ummat Islam selaras dengan misi negeri mewujudkan khaira Ummah serta kepentingannya dalam dunia pendidikan di Sarawak.

Hamba terlibat dengan penyelidikan wakaf di Sarawak dan juga di semenanjung Malaysia sekitar tahun 2005. Sebetulnya ialah the joyful moment bagi hamba. Ketika itu hamba bekerja sambil study sebagai RA kepada dua orang proffesor sejarah dan gajinya juga lumayan. Mereka ialah Rajaswary Brown dari Hull Royal Hollaway, University of London dan juga Dr Abdul Rahman Tang dari UIAM.

Ketika itu Hadramis Conference in SEA berlangsung, konsep wakaf tunai established di Selangor, Johor dan Terengganu. Wakaf seperti satu yang rebranded oleh persekitaran yang subur dengan isu-isu muamalat.

Jika dahulu kita mengenali wakaf dengan tanah kubur dan masjid, tetapi konsepnya melampaui daripada kemaslahatan tersebut dan melangkaui ke institusi pendidikan, sektor pertanian, malah jika kita sedar KFC Holding merupakan aset wakaf paling bernilai di Malaysia melalui amanah wakaf korporat Kulim Holding dan Johor Corporation.

Magnum opus kami ketika itu buku seorang Yahudi bernama Moshi Elga bertajuk Philantropy Management in the Muslim World. Gazzete, surat wakaf, Dokumen pejabat Kolonial, dan juga masuk ke Arkib Negara. Malangya seperti yang hamba tahu daripada sumber-sumber JAWI dan JAISelangor, pewakaf yakni mauqif semasa mewakafkan tanah atau harta mereka kurang memberi perhatian kepada penyediaan sighah iaitu dokumen hitam putih dan saksi. Wakaf mereka hanya disaksikan oleh ketua kampung dan juga orang-orang surau yang matinya nanti tidak merekodkan percakapan mereka, kononnya Allah sahaja mengetahui niat mereka itu. Kesannya wujudlah masalah perebutan tanah generasi sesudah mereka yang akhirnya memutuskan akau nakhirat orang-orang tua mereka.

Yahudi merupakan masyarakat pewakaf yang paling ramai di dunia. Boleh dikatakan yayasan-yayasan kebajikan di serata dunia milik Yahudi. Sebut sahaja Bill Gates dan Rockefeller anda pasti tahu siapa mereka.

Hamba amat meminati Wakaf dari tahun hamba menjadi RA sehinggalah sekarang dan akan berterusan sehinggalah hamba layak digelar seorang Doktor Persuratan. Jika ditanya apakah thesis hamba ketika M.A nanti jawapannya tentu sahaja tentang wakaf.






Labels:

0 comments:

Post a Comment