Aku bercuti raya tahun ini sehari iaitu 18 September, namun hangus begitu sahaja kerana cutiku jatuh ketika pengumuman kerajaan untuk memberi cuti kepada sekolah dan institusi pengajian tinggi. 30 minit sebelum entry ini ditulis aku baru selesai mengemas rumah bersama ibuku. Selesai masak terus mengeluarkan pinggan mangkuk dan bekas kuih untuk esok. Rasanya berbaloilah jugak kerjaku hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama Ibu dan Ayah bersama-sama.
Selamat Hari Raya kepada Muslimin Muslimat yang berada jauh di mata dan dekat di hati. Begitu juga kepada rakan-rakan sekampus dulu di UIAM, di IPGM Rajang KPLI 2008, rakan taulan di sekolah-sekolah lama dan juga kepada saudara mara saya yang berada di seluruh Malaysia.
KULU 'AM WAANTUM BIKHAIR TAQQABBALLAHU MINKUM...................
Labels:
Selamat Hari Raya
0 comments:
Post a Comment