SK Semban tanyalah kepada 10 orang anak muda yang duduk melepak di waterfront Kuching, di mana SK Semban mesti kesepuluh orang mereka itu menggelengkan kepala tidak mengetahui di mana letaknya SK Semban. SK Semban , Ulu Bengoh Padawan Kuching, wow! Kuching, semestinya terletak di tengah- tengah bandaraya atau paling tidakpun di sebuah kampung di pinggir Bandar, tetapi Ulu Bengoh, di mana tu? Padawan? Hem jika ditanya dengan kerani- kerani dan orang-orang di Jabatan Pelajaran Kuching atau Pejabat Pelajaran Negeri Sarawak atau Pejabat Pelajaran Daerah Padawan, semua menggelengkan kepala dan menjawab dengan jujur, TEMPAT JIN BERTENTANG mana orang nak pergi ke sana? Ish sik maouk kamek ke siya jauh nengar kata tujuh jembatan nak ke siya nak? Jambatan spring nak? Nazir pun tak berani ke sana sebab tak da peruntukan nak bayar duit helikopter, tetapi yang menghairankan paderi gerejapun sanggup meredah hutan denai dan naik jambatan spring semata-mata untuk berdakwah.
Demi tugas kata aku cuba untuk menguatkan semangat, kataku lagi jika 5 tahun berada di Kuala Lumpur yang cuma dibekalkan dengan duit pinjaman PTPTN balik cuma dua kali setahun, inikan pulak dengan SK Semban dengan 6 jam berjalan kaki, masuk denai, kebun dan meredah ulu Sungai Sarawak, peritnya cuma 2 jam di atas katil, lepas itu hilang 5 hari. Ya aku balik seminggu sekali,tetapi kata orang pedalaman ini bayak risikonya itulah sebab kakitangan sekolah ini layak mendapatkan RM 1 ribu atau lebih dari itu. Pertama keadaan sekolah yang daif, kedua perjalanan ke sekolah yang memakan masa, ketiga keadaan perjalanan yang berisiko tinggi kemalangan, keempat, kesudian kami berkhidmat untuk Negara, dan yang paling penting sekali ialah, Allahlah yang memberikan rezeki itu.
Alhamdulillah SK Semban hampir sebati dengan aku, muridnya baik,stafnya ramah, orang kampung meriah dan baik-baik. Sayang khabarnya sekolah ini akan berpindah tidak lama lagi. 100 peratus penduduknya adalah berbangsa Bidayuh iaitu suku kaum peribumi yang asalnya Cuma boleh dijumpai di Bahagian Kuching dan Samarahan, sebangsa dengan ibu aku tetapi keturunan berlainan. SK Semban terletak lebih 60 Kilometer, dari Bandaraya Kuching. Jika diuji dengan peralatan Sistem Kawalan Jarak Global (GPRS), tetapi terasa jauh jika anda berjalan kaki, iaitu selama 5-6 jam. Jarak masa helikopter terbang cuma 7 minit. SK Semban sepatutnya bernama SK Kampung Rejoi kerana dibina di Kampung Rejoi. Kampung Semban ialah kampung terakhir di Ulu Bengoh bukanlah Kampung yang mudah dikunjungi kerana jaraknya dari Kampung Rejoi dan SK Semban itu sendiri ialah 1 jam perjalanan dengan berjalan kaki menaiki cerun bukit yang curam. Nasib baiklah sekolah ini mempunyai asrama yang menempatkan 40 orang murid dari Kampung Semban.
Jika di Institut Perguruan, kami telah diasuh supaya redha dengan penempatan kita. Ya pada mulanya Kapit, menjadi igauan aku siang dan malam, kemudian pada 26 Disember 2008 jam 8.30 pagi berita yang sukar dijangkakan aku mendapat tahu aku ditempatkan di Semban, yang menjadi bahan lawak aku dengan bekas rakan sekerja kurang 1 minggu sebelum itu. " mun kau dapat SK Semban baruk ko rasa susah" dalam hutan, pakei motor pun sik pat ". Aku katakan kepada rakanku itu jangan katakana SK Semban Ulu manapun aku sudah dilatih untuk menerima apa yang bakal kita dapat. Sehari sebelum itu, ketika berkunjung krismas ke rumah Pakcik aku, Pakcik aku membuat telahan katanya Jika ditempatkan biarlah di Bau, tempat leluhur ibuku berada supaya dapat berkenal-kenalan dengan mereka. Aku katakan jika ditakdirkan aku di Bau, ibulah orang yang paling gembira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment