Progolomena

Friday, February 27, 2009 / Posted by Samsol /

Sebenarnya blog dan aku sudah sebati sebelum chedet.com lagi. Aku mula menulis blog pada tahun 2005 dengan menggunakan beberapa host web seperti blogspot dan blogger. Walau bagaimanapun atas kekangan masa sebagai mahasiswa tahun akhir penulisan blog aku mula terencat pada tahun 2006. Pada tahun-tahun tersebut blog-blog picisan yang berbentuk lucah melata, manakala blog berbentuk siasah amat digemari. Blog yang amat aku minati pada masa itu ialah kuda kepang oleh blogger Datuk Ruhani Ahmad, yang menceritakan detik-detik keregangan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Manakala blog Sarawak Election merupakan blog yang sering aku beri komen dan lawati, kerana aku pengundi muda yang ingin tahu tentang politik semasa tambahan jarakku dengan Sarawak jauh beribu Kilometer.
Segala catatan yang aku tulis ini mungkin banyak berkisar dengan siasah, tetapi ada juga diselitkan dengan kisah kehidupan yang pastinya relevan dengan semua pembaca. Aku tidak tahu berapa hit yang kau terima kerana secara jujur aku katakan membaca blog umpama kita membaca diari peribadi disentuh pun tidak., dibaca apatah lagi. Tajuk post aku yang pertama ialah 2 bulan di SK Semban, dan akan diikuti dengan ulasan semasa politik tanah air yang semakin kelam-kabut di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment