Bulan Ramadan 1430 Hijrah akan tiba tidak lama lagi. Bulan Syaaban dijangka melahirkan hilalnya pada Maghrib 30 Syaaban 1430 Hijrah iaitu Jumaat. Maka genaplah 30 Syaaban iaitu terlebih masanya mengikut kiraan falak.
Hari Sabtu ini bersamaan dengan cuti pertama pertengahan semester 2 2009, ummat Islam seluruh Malaysia akan menyambut Ramadan Al-Mubarak dengan penuh kesyukuran. Insya Allah jika dipanjangkan umur hari itu maka makbullah doa aku untuk menyambut Ramadan buat sekelian kalinya.
Minggu lalu aku telah menukarkan cukai pendapatan dengan zakat pendapatan.Satu tuntutan yang harus dilakukan bagi setiap Muslim. Walaupun belum disahkan dalam perkhidmatan, tetapi kewajipan berzakat sudah jatuh hukum terhadap guru sandaran terlatih seperti aku. Hal ini kerana rezeki yang aku dapat milik Allah walaupun kerajaan membayarnya. Bukan itu sahaja memang niatku sejak dari dulu lagi untuk membayar zakat pendapatan adalah keutamaan aku ketika bekerja kelak.
Aku juga ingin mengembalikan semula duit Baitulmal yang pernah aku gunakan untuk melangsaikan hutang yuran aku dahulu, selain membersihkan rezeki aku itu daripada syubhat.
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadan
Labels:
Ramadan
0 comments:
Post a Comment