Islam mengajar ummatnya mengenang budi. So ingin aku ceritakan tentang cerita mengenang budi 3 tahun yang lalu.
Dalam post aku terdahulu aku mengkritik Baitulmal Sarawak kerana mengenakan bermacam-macam syarat bagi asnaf termasuklah penggunaan borang yang menyusahkan asnaf terbabit. Kalkulator kepayahan asnaf dibuat melalui online manakala mengambil borang permohonan oleh asnaf-asnaf dan penerima bantuan amat susah bermula dari kaunter sehinggalah menghantar borang.
Tiga tahun dahulu aku keputusan wang untuk membayar yuran pengajianku yang berbaki RM2700, di UIA. Hal ini merunsingkan aku sehinggalah aku memohon bantuan daripada beberapa NGO's, malangnya tiada satupun surat yang aku kirimkan dibalas, melainkan seorang, iaitu YB Datuk Ir Daud Abdul Rahman melalui sehelai surat yang ditujukan terus kepada Baitulmal negeri.
Alhamdulillah selama 5 bulan ayah aku ke hulu ke hilir ditemuduga oleh pihak Baitulmal pada 23 Ogos 2006 barulah wang bantuan aku disalurkan. Temuduga ayah aku dijalankan oleh pihak Baitulmal sebanyak 2 kali, walaupun melalui surat daripada UIA dan YB Daud menjelaskan aku betul-betul keputusan bekalan wang untuk yuran. Tidak mengapalah yang penting hak aku sebagai Ibn Sabil di rantauan telah dikembalikan. Aku tidak berdendam dengan Baitulmal Sarawak malahan berterima kasih kepada pihak Baitulmal kerana telah memberi harapan kepada aku menghabiskan semester akhir aku di UIA.
Pada hari Sabtu lepas, 15 Ogos 2009 aku melawat tapak pameran sempena ekspo SME dan Usahawan Kecil Sederhana di tebingan Kuching. Niat aku hanya satu untuk mendapatkan brosur tentang Usahawan IKS, entah macam mana, tiba di booth Baitulmal Sarawak aku disapa oleh pegawai zakat. Aku pada mulanya tertarik pada gambar Kompleks Islam Sarawak, tidak aku terperasan mereka sedang melakukan promosi zakat pendapatan. Lama juga aku di booth mereka sehinggalah pegawai itu tadi menyapa aku,dan bertanya sama ada aku pembayar cukai atau tidak.
Aku katakan ya. Kerana aku memang membayar cukai pendapatan, dan mereka mempromosikan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan.
Oh ya. Zakat pendapatan ialah satu zakat yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang mukallaf dan cukup pendapatan nisabnya pada tahun semasa. Jika dibuat kalkulator pengiraan aku cuma membayar zakat sebanyak 44 Ringgit iaitu 2.5 peratus daripada jumlah bersih pendapatan sebulan. Jadi aku mintaklah duit tersebut dapat dibersihkan daripada kekotoran lahirian dan batiniyah yang kita tidak tahu. Digunakan ia untuk amal soleh dan kebaikan umat Islam khususnya di Sarawak ini.
0 comments:
Post a Comment